Sunday, August 8, 2010

5 cara elak loya

Salam...
walaupun mgkin ramai para ibu mengandung yg dh tau, tp x pe.. x slh kita berkongsi ilmu... sila-silalah praktikkan tips ini yer... ^_^

1) UBAH TABIAT MAKAN
Perkara utama yg perlu dilakukan ialah kerap mkn. Apabila mkn dlm kuantiti kecil dg lbh kerap, perut akan sentiasa penuh. Jadi, tdk timbul mslh loya.

2) SNEK
Apabila mual, kunyahlah beberapa keping biskut kraker. Kemudian, rehat kira-kira 20minit. Gabungan biskut kraker & rehat dpt menghindarkan mual drpd menjadi lebih teruk.

3) KEKAL HIDRAT
Penting utk anda kekal hidrat sewkt hamil. Jika minum byk air diantara wktu mkn, anda sbnrnya memenuhkan perut & blh mengelakkan muntah. Sentiasa bawa sebotol air besar & minum scr kerap sepnjang hari.

4) ELAK MKNN TERTENTU
Anda perlu tahu jenis mknn yg blh menimbulkan rasa loya. Lalu mengelakkannya. Selain itu, elakkan mknn berlemak, bergoreng, berempah & berasid krn ia blh mengganggu sistem penghadaman.

5) MINUM TEH
Halia diketahui ramai dpt melegakan loya. Jadi, apa kata minum teh halia buatan sndri utk mengatasi mslh yg anda alami.

* Sumber dari Mjlh Pa & Ma Ogos 2010

Friday, August 6, 2010

emosi

salam...

mungkin inilah rasanya tatkala ibu mengandungkan aku... x selera mkn, letih... tp demi memikirkan zuriat yg dikandung, digagahkan jua hingga ke saat2 kelahiran... allahuakbar.... sesungguhnya hanya padaMU tmpt ku berlindung ya Allah... permudahkan aku disaat itu... Allah.... kerdilnya diri tika mengingtkan saat2 yg bakal ku tempuh 7bln lebih lagi....

ya allah, ampunkan dosaku selama ini.... jadikanlah zuriatku ini insan yg soleh & solehah, yg mampu mendoakan kedua ibu bapanya kelak.... berikan aku kesempatan utk membesarkan zuriatku ini, menyayangi dia sepenuh hatiku.... sihatkanlah zuriatku ini... kuatkan dia dgn segala mcm dugaan yg ibunya hadapi... sihatkan & kuatkan jua diriku agar aku mampu mengharungi sepanjang tempoh kehamilanku ini... sehingga saat zuriatku dilahirkan & berikanlah aku kesempatan itu ya Allah.... aminnnn....

minggu nie kandungan dah berusia 7 minggu... x sbr rasanya nk menghabiskan trimester pertama nie... bdn jd letih sbb x selera nk mkn... smpi kdg2 terasa nak menangis sbb x tau mknn apa yg buatkan seleraku muncul.... allah, semmgnya kuat dugaanMU bagi ibu mengandung.... tp segalanya ku terima demi kasih & cintaku pada suamiku & zuriat yg sdg ku kandung ini.... aku sedar akan kelebihan2 yg bakal ku terima dgn melakukan pengorbanan ini... kerna setiap wanita semmgnya mengimpikan situasi sebegini... justeru, aku amat2 bersyukur dgn kurniaanMU ini....

30hb 8 nie check up kat klinik keshtn.... mdh2an segala urusanku dipermudahkan...

wsslm...